Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Geliga di perolehi berikutan cahaya kemilau yang didakwa nelayan terpancar diatas puncak bukit yang berada di hujung kampung. Cahaya itu dipercayai cahaya “batu geliga” yang hanya dapat dilihat oleh nelayan di tengah laut. Kemudian bersempena dengan itu maka lahirlah nama “ Kampung Geliga”.

Mengikut cerita lisan orang-orang tua Kampung Geliga asalnya adalah kawasan hutan pantai yang ditumbuhi pokok rhu, mengkuang , kemunting, gajus dan kelapa. Kampung Geliga adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pinggir pantai geliga.

Kampung ini mula diduduki pada awal tahun 60 –an apabila pihak kerajaan mengadakan pembahagian lot kepada sebahagian penduduk kampung Kuala Kemaman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


LAWATAN SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA (MCMC) DI PI1M KAMPUNG GELIGA

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2016

Seramai 25 orang staf MCMC di Cyberjaya, pelajar-pelajar sekolah yang menyertai Program E-Learning, usahawan-usahawan dan wakil-wakil pengurus PI1M di Kemaman...baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PROGRAM ADVOKASI DAN E-WASTE DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL 1

Aktiviti Terkini | 09 November 2016

Mengeratkan lagi hubungan dengan sekolah di samping itu boleh menarik minat warga sekolah untuk menjadi ahli Pi1M dengan mempromosikan perkhidmatan Pi1M yang disediakan...baca selanjutnya

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

PENGISIAN PERMOHONAN ONLINE DANA BANTUAN PERSEKOLAHAN SESI 2017

Aktiviti Terkini | 05 - 20 Oktober 2016

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampung terutama golongan orang tua untuk mengisi permohonan Bantuan Dana Persekolahan Sesi 2017 secara atas talian. ...baca selanjutnya

Pertandingan Match Malaysia Map Sempena Hari Malaysia

11 September 2016 | Aktiviti Terkini

Masa : 10.00am – 12.00pm
Pada 11 September 2016 Pusat Internet 1malaysia telah mengadakan Pertandingan Match Malaysia Map bersempena dengan Hari Malaysia 16 September 2016. Pertandingan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta mengetahui dan mengenali negeri-negeri yang terdapat dalam Negara Malaysia.

AKTIVITI MENGHIAS PUSAT INTERNET 1MALAYSIA SEMPENA HARI KEMERDEKAAN

26 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Masa : 2.30pm – 4.30pm
Pada 26 Ogos 2016 Pusat Internet 1Malaysia Kg Geliga telah mengadakan Aktiviti Menghias PI1M Sempena Bulan Kemerdekaan. Tujuan program ini diadakan adalah bagi menyambut ketibaan Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke-59 Tahun 2016 yang akan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada 31 Ogos 2016.

Hari Komuniti Pintar Kemaman

22 - 24 Julai 2016 | Aktiviti Terkini

Masa : 9.00am – 7.00pm
Pada 22 - 24 Julai 2016, Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Pejabat Daerah Dan Tanah Kemaman (PDTK) telah menganjurkan acara Hari Komuniti Pintar di Kemaman selama 3 hari bermula dari 22 Julai lalu.

Program Penghayatan Ramadhan Serta Pengagihan Kurma

11 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Masa : 2.30PM – 4.30PM
Pada 11 Jun 2016 telah diadakan Program Penghayatan Ramadhan serta Pengagihan Kurma. Tujuan program ini dijalankan adalah bersempena dengan menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia disamping mengadakan pengagihan kurma kepada pengunjung Pusat Internet 1Malaysia Kg Geliga yang hadir.

PROGRAM PENGISIAN BANTUAN DANA RAYA 2016

8 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Masa : 10.00AM – 5.00PM
Tujuan aktiviti mencari benda tersembunyi ini dijalankan adalah untuk mengasah bakat para peserta dari segi minda, kreativiti, dan ketangkasan dalam melakukan sebarang tugas yang diberikan

PERTANDINGAN MENCARI BENDA TERSEMBUNYI

29 April 2016 | Aktiviti Terkini

Masa : 2.30PM – 4.30pm
Tujuan aktiviti mencari benda tersembunyi ini dijalankan adalah untuk mengasah bakat para peserta dari segi minda, kreativiti, dan ketangkasan dalam melakukan sebarang tugas yang diberikan.
Para peserta diberikan 18 bentuk benda tersembunyi yang berbeza untuk dicari dalam gambar yang telah diberikan. Melalui aktiviti ini para peserta diuji dalam aspek pengecaman di dalam sesuatu gambar penuh yang telah diberikan. Peserta yang paling cepat menyelesaikan aktiviti mencari benda tersembunyi ini dikira sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Hadiah yang dimenangi adalah berupa set alat tulis.

PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

26 Mac 2016 | Aktiviti Terkini

Masa : 10.00AM – 12.00pm
Tujuan aktiviti dijalankan adalah untuk menguji kemahiran daya tumpuan peserta dalam mencari perkataan yang tersembunyi dalam kotak perkataan. Melalui pertandingan ini dapat membentuk persaingan sihat antara peserta disamping menguji kepantasan setiap peserta. Dalam pertandingan ini peserta perlu mencari perkataan Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Pemenang dipilih bedasarkan kepantasan mencari semua perkataan iaitu adik Muhammad Firdaus Bin Hisham

Origami Membuat Lantern Menggunakan Kertas

19 Febuari 2016| Aktiviti Terkini

Tujuan aktiviti dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta apakah lantern. Peserta diajar cara membuat lantern yang hanya menggunakan dua helai kertas warna sahaja. Aktiviti ini dapat menarik minat peserta dalam membuat origami yang semakin dilupakan. Di samping itu aktiviti ini dapat menguji kreativiti dan mengasah bakat kesenian yang ada dalam diri setiap peserta.

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif

Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Video MYkomunitikreatif (#MYkif) merupakan sebuah platform untuk meggalakkan komuniti menghasilkan video dalam tutorial, panduan, tips, kaedah, cara penggunaan, petua, resipi atau lain-lain kandungan yang berkaitan . Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua penduduk di komuniti Pusat Internet 1Malaysia (PI1M). Jangka masa (durasi) video penyertaan adalah tidak lebih daripada 5 minit.

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan.baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian. baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

PERTANDINGAN ‘TYPING SPEED TEST’

22 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Pertandingan Typing Speed Test ini dijalankan bertujuan untuk menguji kepantasan setiap peserta dalam menaip perkataan menggunakan papan kekunci. Disamping itu melalui pertandingan ini dapat meningkatkan kemahiran menaip perkataan dengan cara yang betul menggunakan kedua-dua belah tangan. Sebelum pertandingan dimulakan, para peserta diberikan masa untuk membuat latihan menaip sebagai persediaan sebelum pertandingan dimulakan sekaligus ianya dapat memupuk semangat persaingan antara peserta pertandingan.

lagi berita & aktiviti