Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Geliga di perolehi berikutan cahaya kemilau yang didakwa nelayan terpancar diatas puncak bukit yang berada di hujung kampung. Cahaya itu dipercayai cahaya “batu geliga” yang hanya dapat dilihat oleh nelayan di tengah laut. Kemudian bersempena dengan itu maka lahirlah nama “ Kampung Geliga”.

Mengikut cerita lisan orang-orang tua Kampung Geliga asalnya adalah kawasan hutan pantai yang ditumbuhi pokok rhu, mengkuang , kemunting, gajus dan kelapa. Kampung Geliga adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pinggir pantai geliga.

Kampung ini mula diduduki pada awal tahun 60 –an apabila pihak kerajaan mengadakan pembahagian lot kepada sebahagian penduduk kampung Kuala Kemaman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2019

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada kilang makanan, pusat jagaan atau tadika, Restora@ kedai makan, Bakery, Kantin sekolah @ asrama, resort @ hotel proses makanan dari rumah @ online, katering, penjaja makanan dan minuman, warga asing yang terlibat dengan orang awam @ menjalankan perniagaan makanan untuk orang awam dengan menghadiri Kursus Latihan Pengendalian Makanan yang Diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan Sijil Pengendali Makanan. Sekiranya sijil pengendali makan tiada pada pihak pengendali makanan, mereka akan dikenakan denda maksimum RM10,000 @ 2 Tahun Penjara jika disabit kesalahan...baca selanjutnya

PUSAT INTERNET SCHOOL BREAK ATTACK

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2019

Program pada kali ini merupakan program usahasama bersama unit Perpustakan Awam Daerah Kemaman (PADK). Pada edisi cuti sekolah kali ini, Pusat Internet bergabung di bawah kluster bagi menjayakan aktiviti Klik Dengan Bijak bersama pengunjung PADK....baca selanjutnya

PERTANDINGAN PUZZLE ONLINE

Aktiviti Terkini | 16 November 2019

Pertandingan ini dapat mewujudkan masyarakat yang celik IT dan mengeratkan hubungan antara komuniti setempat dan menggalakkan pengunjung untuk lebih meminati bidang IT...baca selanjutnya

SUKAN RAKYAT SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019

Program sukan rakyat ini diadakan bagi memastikan ianya sentiasa diingati serta masyarakat khususnya generasi muda perlu tahu mengenai sukan rakyat supaya ia tidak hilang ditelan zaman. Selain itu juga, program Sukan Rakyat ini sangat penting dijalankan oleh kerana ianya dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penduduk kampung tidak mengira peringkat umur. Sekaligus, bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK BANDAR BAHARU BUKIT MENTOK

Aktiviti Terkini | 09 Oktober 2019

Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain dan mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet....baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2019

Hari Bersama Komuniti sangat penting bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan yang terdapat di pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat....baca selanjutnya

KARNIVAL KEMASIK SEJAHTERA

Aktiviti Terkini | 06 - 07 September 2019

Tujuan diadakan pembukaan booth ini adalah untuk mempromosikan perkhidmatan-perkhidmatan & produk-produk Digi Telecommunication Sdn Bhd selaku Digi Ambassadors kepada komuniti. Selain itu mengetengahkan kandungan advokasi Klik Dengan Bijak sebagai aktiviti advokasi sepanjang program tersebut.. Selain itu penjualan Sim Digi Prepaid Live juga akan dipamerkan bagi tujuan jualan sepanjang karnival tersebut dan juga hebahan mengenai pertukaran siaran Tv digital kepada pengujung yang hadir sepanjang Karnival berlangsung....baca selanjutnya

PROGRAM MERDEKA@KOMUNITI KELAB MALAYSIAKU

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2019

Program ini memupuk semangat kemerdekaan di kalangan pelajar pelajar sekolah. Merupakan kerjasama bersama Pejabat Penerangan Daerah Kemaman & Pusat Maklumat Rakyat. Advokasi berkenaan Klik Dengan Bijak “Tidak Pasti Jangan Kongsi” & Analog Switch Off di peringkat institusi persekolahan....baca selanjutnya

OH MALAYSIAKU… ABANG BOMBA

Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2019

Program ini memupuk semangat kemerdekaan di kalangan anak anak muda . Komuniti setempat juga berpeluang menyaksikan & mempelajari cara-cara & langkah keselamatan ketika terjadi kebakaran....baca selanjutnya

TERENGGANU MERDEKA HIKE

Aktiviti Terkini | 24 Ogos 2019

8 bukit terpilih di daerah Terengganu bagi mengadakan aktiviti pendakian sempena kemerdekaan. Pada edisi kali ini, Bukit Harimau Menangis menampilkan “Mat Dan” selaku duta alam sekitar Terengganu bagi memeriahkan acara. Pusat Internet telah dijemput bagi menyampaikan taklimat Myfreeview kepada pengunjung & peserta pada hari kejadian....baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI PERPUSTAKAAN DAERAH KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2019

Program ini dianjurkan oleh Perpustakaan Awam Daerah Kemaman dengan kerjasama Pusat Internet Kluster Kemaman...baca selanjutnya

BENGKEL KEUSAHAWANAN - KELAS SHOPEE

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2019

Program ini dianjurkan oleh Pusat Internet Bukit Kuang yang disertai oleh belia dan beliawanis, ibu tunggal, suri rumah dan peniaga online...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI 4U2C PENDIDIKAN KHAS KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 26 Jun 2019

Program Advokasi Klik Dengan Bijak Jalinan Kasih Tautan Budi telah diadakan bersama pelajar pendidikan khas. 4U2C adalah satu program cergas dan cerdas yang dirancang oleh Unit Pendidikan Khas dan Swasta Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, Terengganu untuk semua murid-murid pendidikan khas sekolah rendah dan menengah serta murid pemulihan di daerah tersebut....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA KLUSTER KEMAMAN & PROGRAM MY HEALTH

Aktiviti Terkini | 23 Jun 2019

Program ini bertujuan untuk memberi taklimat mengenai program kesihatan My Health dan pemeriksaan percuma kepada pengunjung Selain itu, dapat mengeratkan lagi hubungan kakitangan Pusat Internet Daerah Kemaman disamping dapat beramah mesra dengan penduduk sekitar sempena jamuan hari raya....baca selanjutnya

KELAS SOLEKAN

Aktiviti Terkini | 31 Mei 2019

Kelas ini bertujuan untuk memberi demo solekan untuk persiapan berhari raya bagi komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Tujuan program ini diadakan adalah semperna majlis bacaan yassin dan memberi sumbangan sempena bulan ramadhan. Program ini juga merupakan satu tanggungjawab sosial korporat pusat internet yang terlibat terhadap komuniti setempat....baca selanjutnya

IHYA RAMADHAN CSR PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2019

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi sumbangan sempena bulan ramadhan dan persediaan perayaan aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi kepada pelatih PDK. Program ini juga merupakan satu tanggungjawab sosial korporat pusat internet yang terlibat terhadap komuniti setempat....baca selanjutnya

PROGRAM KESEDARAN & SARINGAN KESIHATAN KOMUNITI DESA

Aktiviti Terkini | 12 April 2019

Program ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang pelbagai jenis penyakit yang merbahaya serta memberi pengetahuan berkenaan penjagaan kesihatan. Selain itu juga, program ini amat penting dalam memberi peluang dan ruang Agensi Kerajaan, Swasta dan NGO dalam memberi perkhidmatan, sumbangan serta melaksanakan aktiviti CSR (Corporate Social Responsibility) secara langsung kepada komuniti khususnya. Sekaligus, dapat memastikan komuniti setempat peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul......baca selanjutnya

BENGKEL PHOTOSHOP

Aktiviti Terkini | 31 Mac - 02 April 2019

Kursus Asas Grafik adalah anjuran Pusat Internet Kluster Kemaman dengan kerjasama PKEM Kemas Daerah Kemaman. Bengkel ini dengan menggunakan medium perisian Adobe Photoshop....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK KUALA KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 07 Mac 2019

Program Advokasi bersama dengan Perpustakaan Awam Daerah Kemaman pada 07/03/2019. Program ini melibatkan usahasama antara Pusat Internet Bukit Anak Dara, Pusat Internet Binjai, Pusat Internet Geliga & Pusat Internet Kg Baru Kemasik....baca selanjutnya

Hari Penghargaan Wanita Bersama Komuniti

Aktiviti Terkini | 16 Februari 2019

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kaum wanita tentang penggunaan makeup yang betul, pemilihan warna foundation yang sesuai dengan kulit muka dan pelajari cara-cara penjagaan kulit wajah dengan betul dan teratur. Selain itu juga, kaum wanita dapat pelajari tentang cara-cara penampilan diri yang lebih menarik dalam memupuk keyakinan dalam diri masing-masing....baca selanjutnya

Program Majlis Bacaan Yassin Dan Doa Selamat

Aktiviti Terkini | 20 Januari 2019

Program ini bertujuan untuk mewujudkan satu hubungan yang erat antara kumpulan kluster Daerah Kemaman dengan komuniti melalui program-program pengisian yang bermanfaat di samping menjadikan Pusat Internet bukan sahaja sebagai platform pembelajaran malah sebagai medium untuk program kemasyarakatan kepada komuniti sekitar. Dengan penglibatan komuniti ini dapat memperkukuhkan lagi konsep “Community Outreach Program” sebagai salah satu inisiatif kumpulan kluster Daerah Kemaman....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti