Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Geliga di perolehi berikutan cahaya kemilau yang didakwa nelayan terpancar diatas puncak bukit yang berada di hujung kampung. Cahaya itu dipercayai cahaya “batu geliga” yang hanya dapat dilihat oleh nelayan di tengah laut. Kemudian bersempena dengan itu maka lahirlah nama “ Kampung Geliga”.

Mengikut cerita lisan orang-orang tua Kampung Geliga asalnya adalah kawasan hutan pantai yang ditumbuhi pokok rhu, mengkuang , kemunting, gajus dan kelapa. Kampung Geliga adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pinggir pantai geliga.

Kampung ini mula diduduki pada awal tahun 60 –an apabila pihak kerajaan mengadakan pembahagian lot kepada sebahagian penduduk kampung Kuala Kemaman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KLUSTER KEMAMAN: KELAS ASAS SHOPEE DAN ASAS PEMASARAN SHOPEE

Aktiviti Terkini | 16-17 Disember 2022

Kelas asas shopee dan asas pemasaran shopee merupakan program kluster Kemaman bagi bulan Disember yang memberi input kepada peserta yang baru mula untuk menceburi bidang perniagaan bermula dengan Platfom Shopee. Selain itu, peserta dapat menambah lagi pengetahuan yang lebih mendalam didalam aktiviti pemasaran produk melalui Platform Shopee dan menunjukkan Teknik pemasaran yang berkesan bagi menarik minat pelanggan untuk membeli sesuatu produk....baca selanjutnya

SANTAI ANAK MUDA : KKM BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 12 November 2022

Program Santai Anak Muda : KKM Bersama Komuniti ini merupakan program yang dapat memperkenalkan PEDi dikalangan komuniti setempat serta memperkenalkan fungsi dan peranan PEDi. Selian itu juga dapat mengeratkan silaturahim PEDi dengan komuniti. Pihak PEDI dapat menyampaikan taklimat berkenaan Klik dengan Bijak agar menjadi pengguna internet dengan berhemah....baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER KEMAMAN : KARNIVAL KOMUNITI CERIA

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2022

Para pengunjung dapat mengikuti aktiviti galakguna dengan lebih kerap dan secara tidak langsung dapat menarik minat pengunjung untuk terus mengunjungi PEDi di masa akan datang. Selain itu, program ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan usahawan dibawah bimbingan pedi kearah usahawan digital dengan memberi latihan khusus dan karnival jualan usahawan PEDi....baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 15 Oktober 2022

Program sambutan hari sukan bersama komuniti anjuran bersama Perpustakaan Desa Zon 10 dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Pintar, Paya Berenjut bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri komuniti. Memperkenalkan Pusat Internet dikalangan komuniti dan mengeratkan silaturahim PEDi dengan Staf Perpustakaan Desa Zon 10 dan Staf Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) Pintar, Paya Berenjut. Selain itu, mewujudkan jalinan kerjasama antara PEDi, Perpustakaan dan PAKK....baca selanjutnya

KARNIVAL TERENGGANU MAJU BERKAT SEJAHTERA (TMBS) DUN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 6 - 8 Oktober 2022

Karnival bertujuan untuk memperkenalkan PEDi dikalangan komuniti setempat serta menerangkan fungsi dan peranan PEDi. Selain itu juga, dapat memberi penyampaian maklumat mengenai Klik dengan Bijak. Dapat juga mengeratkan silaturahim antara PEDi dengan komuniti yang hadir....baca selanjutnya

PROGRAM EXPLORACE KLIK DENGAN BIJAK SEMPENA HARI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 24 September 2022

Program Explorace Klik Dengan Bijak bersempena Hari Malaysia ini bertujuan bagi menimbulkan rasa cinta pada negara dan semangat patriotik di dalam diri masyarakat sempena Hari Malaysia. Selain itu, dapat mewujudkan masyarakat yang celik IT dan mahir di dalam pengendalian komputer untuk urusan harian dan memacu peluang kearah menjadi usahawan....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN TAHUN 2022

Aktiviti Terkini | 18 September 2022

Program Klik Dengan Bijak merupakan program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet. Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain....baca selanjutnya

TRASH TO CASH (KEMPEN KESEDARAN KITAR SEMULA E-WASTE)

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2022

Kempen kesedaran kitar semula e-waste dapat mendidik dan memberi kesedaran berkenaan isu-isu e-sisa di Malaysia. Selain itu, menyemai semangat cintakan negara dan patriotisma dalam kalangan masyarakat disamping menghayati makna kemerdekaan melalui aktiviti pertandingan bertemakan kemerdekaan yang dianjurkan...baca selanjutnya

PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) MERDEKA BERSAMA PUSAT EKONOMI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA (PEDI)

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2022

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merdeka bersama Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDI) merupakan satu program yang bertujuan untuk mewujudkan semangat merdeka dikalangan pelajar PDK yang kurang upaya serta ibu pelajar turut serta memeriahkan program tersebut. Dapat memperkenalkan PEDi di kalangan komuniti setempat dan dapat menjalinkan hubungan kerjasama antara PEDi dan PPDK di dalam menjayakan program merdeka bersama pelajar dan ibubapa....baca selanjutnya

KELAS ASAS FOTOGRAFI MENGGUNAKAN SMART PHONE

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2022

Program bertujuan untuk memperkenalkan PEDi di kalangan komuniti setempat dan menyampaikan modul usahawan digital serta penerangan mengenai teknik fotografi dikenali sebagai “Flatlay”. Selain itu, dapat menghasilkan usahawan yang berdaya saing dan meningkatkan produktiviti usahawan setempat....baca selanjutnya

PROGRAM PAMERAN DAN KAUNTER BERGERAK SEMPENA PROGRAM SINGGAH SANTAI MEMBACA BERSAMA KOMUNITI KERTEH

Aktiviti Terkini | 18 Jun 2022

Program pameran dan kaunter bergerak sempena program singgah santai membaca bersama komuniti Kerteh ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan usahawan - usahawan di bawah PEDi Daerah Kemaman serta barang jualan mereka. Program ini juga untuk menarik minat usahawan-usahawan lain untuk turut serta mengikuti program yang dijalankan oleh PEDi....baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER KEMAMAN MEI 2022 : KURSUS ASAS FOTOGRAFI BERSAMA KEMAS KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 29-30 Mei 2022

Kursus asas fotografi diadakan bersama pihak KEMAS Kemaman. Program dihadiri daripada peserta KEMAS Kemaman seramai 15 orang dan pihak staf PEDi Kemaman. Terdapat dua sesi kursus asas Fotografi iaiitu Sesi 1 diisikan dengan pengenalan PEDi, E-Waste dan perkongsian tentang teknik asas fotografi. Manakala Sesi 2 adalah slot pembelajaran aplikasi CANVA....baca selanjutnya

KENALI MAKANAN-MAKANAN POPULAR DI NEGERI TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2022

Program “Kenali Makanan-makanan Popular di Negeri Terengganu” ini diadakan bagi memberi informasi kepada semua rakyat Malaysia mengenai asal usul hidangan makanan Nasi Dagang dan Keropok Lekor yang merupakan salah satu hidangan yang tersohor yang terdapat di Negeri Terengganu ini....baca selanjutnya

PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 1443H/2022M

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Sesi taaruf antara staf PEDi bersama tetamu yang hadir...baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER MAC 2022 : KELAS ASAS EDIT VIDEO MENGGUNAKAN FILMORAGO

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2022

Program kelas asas edit video menggunakan Filmorago ini terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Binjai, Kemaman...baca selanjutnya

PROGRAM SAYANG KOMUNITI BERSAMA PERPUSTAKAAN DESA KG. GELIGA DAN KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT)

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2022

Program dimulakan dengan sesi pendaftaran peserta dengan mematuhi peraturan SOP yang ditetapkan....baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER FEBRUARY 2022 : KURSUS ASAS FOTOGRAFI BERSAMA USAHAWAN (TEKNIK FLATLAY)

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2022

Bengkel Kursus asas fotografi dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh peserta yang hadir serta mengikut SOP Covid-19 dan semua peserta telah melakukan Covid-19 Test Kit terlebih dahulu....baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER JANUARI 2022 : BENGKEL APLIKASI SHOPEE CARA MEMBINA AKAUN PENJUAL

Aktiviti Terkini | 16 Januari 2022

Bengkel Aplikasi Shopee dimulakan dengan sesi pendaftaran oleh peserta yang hadir serta mengikut SOP Covid-19 dan semua peserta telah melakukan Covid-19 Test Kit terlebih dahulu. Bengkel dimulakan oleh penceramah Kursus Asas Kelas Shopee. Sesi yang terakhir adalah sesi soal jawab oleh para peserta kelas shopee. Bengkel diakhiri dengan majlis penyampaian sijil dan cenderahati kepada penceramah. Sesi bergambar dan majlis bersurai....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti