PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SEMPENA MINGGU PUSAT SUMBER KOLEJ VOKASIONAL KEMAMAN TAHUN 2022

Aktiviti terkini |18 September 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Sumber Kolej Vokasional Kemaman

Ringkasan Aktiviti :
• Program Klik Dengan Bijak merupakan program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.
• Ia bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (bijak internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain.


Tujuan :
• Mempromosikan PEDi dan perkhidmatan yang disediakan kepada pelajar dan guru-guru.
• Pelajar dapat menggunakan internet dengan cara yang selamat.
• Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kesedaran untuk lebih berwaspada dalam melayari media sosial.
• Pelajar akan menjadi lebih positif dalam menggunakan internet atau laman sosial


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Pameran PEDi serta aktiviti Klik Dengan Bijak
• Perkongsian aktiviti atau program yang dijalankan di PEDi
• Pengenalan usahawan-usahawan PEDi dan barang jualan usahawan

Kelebihan Aktiviti :
• Program ini dapat memberi manfaat dan pendedahan kepada para pelajar agar lebih berwaspada dalam melayari laman sosial.
• Dapat memberi tips kepada pelajar untuk menjadi pengguna internet yang lebih bijak.


Nama VIP :



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.