Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Geliga di perolehi berikutan cahaya kemilau yang didakwa nelayan terpancar diatas puncak bukit yang berada di hujung kampung. Cahaya itu dipercayai cahaya “batu geliga” yang hanya dapat dilihat oleh nelayan di tengah laut. Kemudian bersempena dengan itu maka lahirlah nama “ Kampung Geliga”.

Mengikut cerita lisan orang-orang tua Kampung Geliga asalnya adalah kawasan hutan pantai yang ditumbuhi pokok rhu, mengkuang , kemunting, gajus dan kelapa. Kampung Geliga adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pinggir pantai geliga.

Kampung ini mula diduduki pada awal tahun 60 –an apabila pihak kerajaan mengadakan pembahagian lot kepada sebahagian penduduk kampung Kuala Kemaman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KAUNTER BERGERAK BERSAMA AGENSI KWSP, CELCOMDIGI & PADU

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2024

Kaunter PADU...baca selanjutnya

PROGRAM LATIHAN PENGENDALI MAKANAN SIRI 1/2024 PEDI KG. GELIGA

Aktiviti Terkini | 26 Februari 2024

Program ini dijalankan dengan kerjasama Albarakah Food Management and Training Consultancy Sdn Bhd....baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN ASAS SHOPEE DAN MOBILE FOTOGRAFI

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2024

Kaunter PADU...baca selanjutnya

PROGRAM TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK CYBERSAFE BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS KG. GELIGA

Aktiviti Terkini | 23 Januari 2024

Pengisian taklimat Klik Dengan Bijak bagi mendidik tentang isu-isu semasa sekarang....baca selanjutnya

PROGRAM KLUSTER KEMAMAN : BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2024

Penyampaian Cenderahati...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti