Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Geliga di perolehi berikutan cahaya kemilau yang didakwa nelayan terpancar diatas puncak bukit yang berada di hujung kampung. Cahaya itu dipercayai cahaya “batu geliga” yang hanya dapat dilihat oleh nelayan di tengah laut. Kemudian bersempena dengan itu maka lahirlah nama “ Kampung Geliga”.

Mengikut cerita lisan orang-orang tua Kampung Geliga asalnya adalah kawasan hutan pantai yang ditumbuhi pokok rhu, mengkuang , kemunting, gajus dan kelapa. Kampung Geliga adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pinggir pantai geliga.

Kampung ini mula diduduki pada awal tahun 60 –an apabila pihak kerajaan mengadakan pembahagian lot kepada sebahagian penduduk kampung Kuala Kemaman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.


PERTANDINGAN ‘BACK TO SCHOOL’

19 DECEMBER 2015 | Berita Semasa

Pertandingan yang diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan dan nama alat tulis dalam Bahasa Inggeris. Setiap peserta akan diberi satu klu bagi meneka setiap alat tulis yang diberikan oleh kakitangan Pusat Internet. Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan imaginasi kanak-kanak dalam mencari jawapan yang tepat dan sesuai.


PERTANDINGAN ONLINE CROSSWORD

20 NOVEMBER 2015 | Berita Semasa

Pertandingan online crossword dijalankan untuk meningkatkan penguasaan Kosa Kata Bahasa Inggeris kepada kanak-kanak. Selain itu, dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan daya kreativiti kanak-kanak serta dapat menguji keupayaan dan ketajaman minda kanak-kanak dalam mencari jawapan yang tepat. Selain itu juga, permainan ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak.


PERTANDINGAN CARI PERKATAAN DALAM PERKATAAN

11 OCTOBER 2015 | Berita Semasa

Tujuan acara ini ialah untuk menajamkan fikiran kanak-kanak dalam mencari perkataan yang sesuai serta dapat meningkatkan kreativiti kanak-kanak dalam membentuk ayat yang ada maksud dalam satu perkataan. Selain itu juga, peserta yang terlibat dikehendaki menghasilkan satu ayat daripada perkataan yang diberikan sekaligus dapat meningkatkan kemahiran berfikir di dalam kalangan peserta.


Pertandingan melukis bendera Malaysia menggunakan Microsoft Paint.

06 SEPTEMBER 2015 | Berita Semasa

Pertandingan melukis bendera menggunakan aplikasi Microsoft Paint diadakan bertujuan untuk mengasah bakat kanak-kanak serta dapat meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam melukis bendera dengan menggunakan aplikasi Microsoft Paint. Selain itu, ianya sekaligus dapat memberi pendedahan kepada kanak-kanak tentang warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia.


OPEN DAY DIGI BERSAMA PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA BERTEMAKAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

07 AUGUST 2015 | Berita Semasa

Hari Terbuka DIGI oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Geliga bersama JKK dan penduduk sekitar. Aktiviti ini bertujuan untuk mamperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia kepada penduduk setempat sekaligus dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk setempat dengan kakitangan Pusat Internet 1 Malaysia, DIGI Telecommunication serta SKMM.. Selain itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti Math Coloring, sambung straw, dan kepit kacang menggunakan Chopstick serta permainan Dam Haji bagi golongan lelaki dewasa. Di akhir majlis, peserta yang menang akan menerima hadiah berbentuk hamper yang akan disampaikan oleh JKK Kampung Geliga.


PERTANDINGAN MEnaip UCAPAN HARI RAYA MENGGUNAKAN MICROSOFT WORD

12 JULAI 2015 | Berita Semasa

Pertandingan menulis ucapan sempena hari raya aidilfitri diadakan untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan mengeluarkan idea-idea dalam penulisan ucapan hari raya. Setiap peserta dikehendaki menaip ucapan tersebut menggunakan aplikasi Microsoft Word sebanyak 100 patah perkataan. Peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.


PERTANDINGAN MELUKIS POSTER SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

12 JUNE 2015 | Berita Semasa

Pertandingan ini diadakan untuk mengcungkil bakat melukis dalam kalangan peserta yang terlibat. Dalam pertandingan melukis poster ini setiap peserta dikehendaki melukis poster yang bertemakan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Selain itu, peserta juga perlu bijak dalam memilih kombinasi warna yang bersesuaian dengan gambar dan tema. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah kampung geliga tidak kira lelaki atau perempuan.


PERTANDINGAN MEWARNA menggunakan microsoft paint

22 MAY 2015 | Berita Semasa

Pertandingan ini dijalankan untuk meningkatkan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak dalam mewarna dan melukis sekaligus dapat meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam menggunakan aplikasi MICROSOFT PAINT. Aktiviti ini disertai oleh pelajar sekolah rendah yang berumur dalam lingkungan 9 tahun hingga 12 tahun. Setiap peserta dikehendaki melukis dan mewarna menggunakan aplikasi Microsoft Paint dan pemenang akan di nilai berdasarkan kreativiti dan warna yang menarik.


PERTANDINGAN MEWARNA OLEH KANAK-KANAK TABIKA KEMAS

21 APRIL 2015 | Berita Semasa

Pertandingan ini diadakan adalah untuk membantu kanak-kanak lebih mengenali warna mengikut gambar yang disediakan dan dapat menajamkan pemikiran kanak-kanak. Aktiviti ini juga dapat melatih kanak-kanak mewarna mengikut bentuk gambar yang diberikan serta dapat meningkatkn kreativiti kanak-kanak dalam mewarna.


PERTANDINGAN MEMBUAT ORIGAMI (SENI LIPATAN KERTAS)

20 MARCH 2015 | Berita Semasa

Tujuan pertandingan ini adalah untuk mendisplinkan diri kanak-kanak dalam mengikut arahan yang diberikan dan kanak-kanak dapat berimaginasi dalam menghasilkan pelbagai bentuk origami sekaligus meningkatkan kreativiti kanak-kanak dalam membuat origami (Seni Lipatan Kertas).Setiap peserta yang menang akan mendapat hadiah berbentuk hamper dan saguhati juga disediakan kepada peserta yang tidak menang. read more


SAMBUTAN TAHUN BARU CINA

22 FEBRUARI 2015 | Berita Semasa

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan antara penduduk setempat tidak kira bangsa, kaum dan agama sekaligus ianya dapat mengekalkan ciri-ciri budaya yang terdapat di Malaysia. Selain itu, orang ramai yang hadir ke pusat internet disajikan dengan buah oren yang merupakan simbolik kepada Perayaan Tahun Baru Cina.


PENEBUSA COP PI1M

23 JANUARI 2015 | Berita Semasa

Program ini diadakan untuk menghargai pengguna-pengguna PI1M supaya pengguna PI1M tidak merasa ianya satu pembaziran kerana setiap kali mereka datang ke PI1M membolehkan mereka mengumpul cop serta cop tersebut boleh ditebus dengan pelbagai hadiah yang disediakan oleh pihak PI1M..

lagi berita & aktiviti