INFORMASI TEMPATAN
- Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai.
- Daerah ini dengan keluasan kira-kira 8,000 batu persegi (254,000 hektar) ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun bersempadan dengan Laut China Selatan.
- Bilangan penduduk: 5000 orang (2012)
EKONOMI DAN SOSIAL
- Penduduk terlibat dengan aktiviti pertanian, penternakan, perikanan dan Industri Kecil Sederhana (IKS).
- Peluang pekerjaan yang semakin banyak ditawarkan kepada penduduk bukan sahaja dalam sektor primer tetapi dalam sektor perkhidmatan dan perindustrian, pembukaan lebih banyak kilang untuk menguruskan sumber bahan mentah di negeri ini.
Pusat Tumpuan Pelancong
MASJID KUALA KEMAMAN 
MASJID GELIGA KEMAMAN

KEDAI KEROPOK



KEDAI SATAR DAN OTAK-OTAK


PANTAI TELUK MAK NIK


Tempat Makan Yang Menarik
WARUNG AZIZ SATAR
KEDAI MAGGI KETAM BISTRO KEMAMAN
WARUNG OTAK-OTAK CHE WAN
RESTORAN ANI SELERA KAMPUNG
Homestay
ISMAVILLA HOMESTAY
Ismavilla Homestay terletak di No.2 Tmn Pantai Geliga Besar,Kemaman. Homestay ini ada 3 buah bilik tidur & 2 bilik mandi yg dilengkapi dengan aircon & air panas.Dapur homestay ini dilengkapi dengan peti ais,periuk nasi,cerek elektrik dll. Tempat barbeku juga disediakan diluar rumah.Homestay ini berdekatan dengan Kuala Kemaman yang terkenal dengan keropok lekor,satar,otak-otak & ikan segar yg baru ditangkap.Ia juga berhampiran dengan restoren makanan laut & barat, masjid & juga pasaraya. Manakala Bandar Cukai cuma 2 atau 3 km dari homestay ini. Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai.
HOMESTAY GELIGA WAWASAN
Homestay Geliga Wawasan Kemaman merupakan sebuah rumah teres 3 bilik yang telah diubahsuai dengan begitu menarik dan indah untuk dijadikan penginapan kepada keluarga muslim. Ianya amat bersesuaian kepada mereka yang ingin mendapatkan penginapan yang selesa dengan kadar sewaan yang amat berpatutan. Kadar sewaan sebanyak RM120/hari adalah antara yang terendah di Kemaman. Lokasi homestay yang terletak di Geliga menjadikannya begitu strategik dan berada di pertengahan antara Kuantan dan Kemaman.
Pondok Polis Kuala Kemaman![]() |
Klinik Kesihatan Kuala Kemaman![]() |
Masjid Kuala Kemaman![]() |
Masjid Geliga![]() |
Kampus Wilayah Timur (INTIM)![]() |
Sekolah Kebangsaan Seri Geliga![]() |
SMK Geliga![]() |
SJK Kuala Kemaman![]() |
Alamat : No. 49 Kilometer 8 Kg Luar Paman Luar Jalan Air Putih, 24000 Kemaman, Terengganu
No. Telefon : 011-33912264
Tahun menjadi Ahli NADI : 2017
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Pada mulanya, Puan Nor Diana menolong keluarga mentuanya di dalam melakukan penjualan sate secara kecil-kecilan di rumah keluarga mentuanya. Setelah beberapa tahun berkahwin, Beliau mengambil keputusan untuk melakukan penjualan sate ini secara sendirian tanpa keluarga mentua beliau. Oleh itu, dengan berkat sokongan dan dorongan diberikan oleh suami beliau dan kini beliau mempunyai 2 orang cahaya mata, beliau telah melakukan penjualan sate secara COD iaitu ‘service delivery order’ kepada penduduk sekitar, serta melakukan jualan melalui di rumah. Pada bulan puasa juga, beliau telah melakukan penjualan sate di sebuah gerai yang terletak di Kampung Pasir Gajah. Tempahan sate juga telah dilakukaknnya bagi yang ingin mengadakan majlis jamuan hari raya, santapan di hari raya dan sebagainya. Aktiviti perniagaan Puan Nor Diana kurang mendapat sambutan dan mempunyai pelanggan hanya di sekitar penduduk kampung serta saudara mara sahaja. Oleh itu, beliau hanyalah mendapat keuntungan sekitar puluhan ringgit sahaja dan ada kalanya tidak mempunyai keuntungan langsung. Orang ramai jugak tidak membuat sebarang tempahan kerana kurang promosi di sekitar tempat dan ramai yang tidak mengetahuinya tentang perniagaan sate beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
NADI Dengan adanya kewujudan jaringan jalur lebar dan penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), Puan Nor Diana telah menggunakan servis dan pekhidmatan yang terdapat di NADI untuk melakukan promosi secara online dan COD melalui media sosial iaitu Laman Sosial Facebook, Instagram dan WhatsApp. Selain itu, membuat promosi di Laman Page Facebook “Bandar Cukai Kemaman”. Beliau juga mempraktikkan dirinya lagi dalam mempelajari mengenai Usahawan Celik IT, dengan menghadiri Kelas Keusahawanan yang telah diberikan serta mencari ilham mengenai usahawan yang berjaya melalui internet. Oleh yang demikian, makin hari makin ramai yang membeli secara borong dan membuat tempahan sate dari Beliau dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Kini, Beliau tidak berputus asa untuk mencari strategi baru untuk mempertingkatkan lagi perniagaan beliau.



Nama : Nurul Azuwa Syazwanie Binti Zulkifli
Alamat : 3014-1 Jalan Kurau Kg Geliga 24000 Kemaman, Terengganu
Tahun menjadi Ahli NADI : 2016
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Beliau merupakan seorang pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Agama AL – Falah. Setiap kali lepas waktu sekolah atau ada masa terluang beliau akan datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Geliga bersama kawan-kawan untuk menyiapkan tugasan sekolah yang diberi oleh Guru mereka. Selain itu juga, beliau sering berkunjung ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk melayari Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan mencari maklumat berkaitan matapelajaran yang dipelajari serta beliau sering menggunakan media sosial seperti Facebook atau Whatsapp untuk menambah kenalan sambil berbincang soal pelajaran dengan kawan-kawan yang lain. Tambahan pula, setiap hujung minggu beliau akan menghadirkan diri dalam Kelas ICT yang dianjurkan untuk meningkatkan lagi kemahiran beliau dalam menggunakan komputer dan mengetahui lebih banyak tentang asas-asas komputer. Sebelum beliau datang ke kelas ICT di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Geliga, beliau memang tidak tahu bagaimana cara-cara untuk menggunakan internet dengan betul, tidak tahu cara-cara membuat kerja sekolah menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint serta cara-cara untuk menyimpan segala maklumat, kerja sekolah dan lain-lain ke dalam pendrive. Selain itu, beliau juga memang kurang mahir dalam menggunakan komputer serta media sosial seperti Facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI :
Setelah kakitangan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Geliga menganjurkan Kelas ICT serta memberi bantuan dari segi tunjuk ajar kepada beliau dalam mengetahui tentang asas-asas komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Powerpoint, Microsoft Excel dan lain-lain. Beliau semakin mahir menggunakan komputer serta sekaligus dapat memudahkan beliau untuk membuat atau menyiapkan segala kerja rumah yang diberi oleh Guru sekolah. Selepas itu, sedikit sebanyak hasil daripada beliau belajar dalam kelas ICT melalui bantuan kakitangan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) beliau lebih mengetahui tentang cara-cara untuk mengendalikan laman sosial seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan lain-lain dengan menggunakan kaedah yang betul. Tambahan lagi, beliau juga dapat mencari pelbagai maklumat atau fakta yang tepat dan padat tentang matapelajaran yang dipelajari serta cara-cara menyimpan semua maklumat atau kerja sekolah (soft copy) yang di buat ke dalam pemacu pena (pendrive).


Nama : Aziz Bin Awang
Pekerjaan : Pengusaha Warung Aziz Satar
Jantina : Lelaki
Umur : 55 Tahun
Pendidikan : SPM
No. Telefon : 013-915 0897 / 017-943 7757
Alamat : 1860-2, Warung Aziz Satar Jalan Kuala Kemaman 24000 Kemaman, Terengganu.
Produk yang dikeluarkan oleh usahawan
- Satar
- Otak-Otak
- Pais Udang
- Pais Ikan
- Pais Sotong
- Pulut Panggang
- Ikan & sotong celup tepung
Blog dan FB usahawan
FB Warung Aziz Satar & Otak-Otak Kuala Kemaman, Terengganu
Gambar produk dan Usahawan
![]() Ikan & Sotong Celup Tepung |
![]() Satar |
![]() Otak - Otak |
![]() Pekerja Warung Aziz Satar |
Profile Usahawan

Nama : Salwani Binti Ali
Pekerjaan : Usahawan Kecil Pantai Teluk Mak Nik
Jantina : Perempuan
Umur : 46 Tahun
Pendidikan : SPM
No. Telefon : 013 – 980 0064
Alamat : Kiosk No. 1, Pantai Teluk Mak Nik 24000 Kemaman, Terengganu
Produk yang dikeluarkan oleh usahawan
- Goreng Pisang
- Bakso
- Ubi Goreng
- Mee Kari
- Cendol Pulut
- Coconut Shake
- Pisang Cheese
Blog dan FB usahawan
Instagram teluk_moknikc
Gambar produk dan Usahawan
![]() Bakso |
![]() Goreng Pisang dan Keropok |
![]() Coconut Shake Special |
![]() Aneka Bebola |
Profile Usahawan

Nama : Mamat Bin Man
Pekerjaan : Pengusaha Warung Satar Kak Nab
Jantina : Lelaki
Umur : 57 Tahun
Pendidikan : SPM
No. Telefon : 013 – 998 6151
Alamat : Warung Kak Nab PT 12847, Kedai Jalan Kuala Kemaman, Geliga 24000, Kemaman, Terengganu.
Produk yang dikeluarkan oleh usahawan
- Satar
- Otak-Otak
- Karipap
- Paun Ubi
- Satar Goreng
- Laksa & Laksam
- Kuih Tradisional
Blog dan FB usahawan
- FB Azie Nadzirah - FB Kedai Warung Satar Kak Nab
Gambar produk dan Usahawan
![]() Satar dan Otak-Otak |
![]() Kuih Tradisional |
![]() Laksa Penang |
![]() Laksam |