Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Geliga di perolehi berikutan cahaya kemilau yang didakwa nelayan terpancar diatas puncak bukit yang berada di hujung kampung. Cahaya itu dipercayai cahaya “batu geliga” yang hanya dapat dilihat oleh nelayan di tengah laut. Kemudian bersempena dengan itu maka lahirlah nama “ Kampung Geliga”.

Mengikut cerita lisan orang-orang tua Kampung Geliga asalnya adalah kawasan hutan pantai yang ditumbuhi pokok rhu, mengkuang , kemunting, gajus dan kelapa. Kampung Geliga adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pinggir pantai geliga.

Kampung ini mula diduduki pada awal tahun 60 –an apabila pihak kerajaan mengadakan pembahagian lot kepada sebahagian penduduk kampung Kuala Kemaman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


teka jumlah gula-gula dalam bekas

20 DISEMBER 2014 | Berita Semasa

Aktiviti ini dijalankan untuk mengalakkan peserta meneka jumlah gula-gula yang telah di isi dalam bekas. Selain itu, aktiviti ini dapat membantu peserta dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat dan menggalakkan persaingan yang sihat antara semua peserta yang terlibat. read more

Pertandingan Crossword

17 Oktober 2014 | Berita Terkini

Aktiviti ini dijalankan untuk melatih kanak-kanak cara berfikir dengan lebih kreatif serta... read more

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Malaysia

19 September 2014 | Berita Terkini

Pertandingan ini terdiri daripada Kanak-Kanak Tabika Kemas, tujuan pertandingan ini untuk membolehkan kanak-kanak mengenali warna Bendera Malaysia... read more

Jamuan Hari Raya Aidilfitri

28 Ogos 2014 | Berita Terkini

Majlis ini dijalankan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara penduduk setempat dengan... read more

DEKO-DEKO AIDILFITRI

18 Julai 2014 | Berita Semasa

Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk menghias PI1M Geliga bersempena Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Program ini juga disertai oleh pengunjung PI1M sendiri dan mereka berpeluang untuk menghias PI1m dengan idea dan mengikut kreativiti mereka sendiri. Disamping itu juga bertujuan untuk mewujudkan suasana hari raya yang kian menjelma. read more

memory test contest

28 Jun 2014| Aktiviti Terkini

Program ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap ingatan kanak-kanak dimana mereka perlu mengingati beberapa perkataan dan mengeja perkataan tersebut dengan tepat. Selain daripada menghafal perkataan mereka juga dapat menambah pengetahuan kosakata mereka terutamanya dalam menguasai Bahasa Inggeris..read more

Mother's day & Teacher's day making card contest

7 Mei 2014 | Aktiviti Terkini

Aktiviti ini diadakan bersempena sambutan hari Ibu dan Hari Guru yang tidak jauh tarikhnya. Program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubung peserta dengan ibu dan guru mereka. Dengan mengadakan pertandingan ini, para peserta dapat menonjolkan kreativiti mereka dalam merekacipta kad ucapan tersebut dan sebagai satu tanda penghargaan kepada ibu-ibu dan guru-guru mereka.read more

aktiviti gotong-royong di pi1m

26 April 2014 | Berita Semasa

Gotong-royong yang telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Geliga ini adalah bertujuan ini mengeratkan lagi hubungan penduduk setempat dengan warga kerja PI1m. Selain daripada itu juga, ini dapat memastikan dan mengekalkan kebersihan PI1M itu sendiri. Makan dan minuman juga disediakan kepada semua sukarelawan gotong royong yang diadakan..read more

exam ict class

28 Mac 2014 | Aktiviti Terkini

Exam ICT Class ini merupakan peperiksaan kepada apa yang telah di ajar di ICT kelas sebelum ini. Peperiksaan ini adalah peperiksaan membuat surat kiriman rasmi menggunakan Microsoft Office Word dan ianya bertujuan untuk menguji tahap pemahaman pelatih-pelatih di PI1M. Selain itu, peperiksaan ini juga dapat membantu pelatith-pelatih ini membuat surat kiriman rasmi dengan jayanya terutamanya di sekolah...read more

MATH'S FEVER

28 Feb 2014 | Aktiviti Terkini

Math's fever ini merupakan pertandingan kuiz matematik dikalangan pelajar-pelajar sekolah. Dimana merek perlu menjawab soalan-soalan matematik dengan pantas dan tepat. Program ini diadakan adalah untuk menguji tahap kemahiran matematik di antara peserta serta sekaligus dapat mengajar mereka menjawab soalan-soalan dengan tepat dan pantas...read more

ENGLISH LEARNING DAY

28 Jan 2014 | Aktiviti Terkini

Program ini diadakan bertujuan untuk mengajar para peserta pentingnya pengetahuan Bahasa Inggeris terutamanya dalam kehidupan seharian. Dengan bantuan laman sesawang yang menyediakan bahan-bahan yang menarik dan memberi manfaat kepada pelajar terutamanya matapelajaran Inggeris sekaligus dapat memudahkan lagi program ini dilaksanakan dengan berkesan. Disamping dapat mendedahkan para peserta dengan penggunaan Bahasa Inggeris dengan betul dan tepat...read more

 

 

lagi berita & aktiviti