Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Geliga di perolehi berikutan cahaya kemilau yang didakwa nelayan terpancar diatas puncak bukit yang berada di hujung kampung. Cahaya itu dipercayai cahaya “batu geliga” yang hanya dapat dilihat oleh nelayan di tengah laut. Kemudian bersempena dengan itu maka lahirlah nama “ Kampung Geliga”.

Mengikut cerita lisan orang-orang tua Kampung Geliga asalnya adalah kawasan hutan pantai yang ditumbuhi pokok rhu, mengkuang , kemunting, gajus dan kelapa. Kampung Geliga adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pinggir pantai geliga.

Kampung ini mula diduduki pada awal tahun 60 –an apabila pihak kerajaan mengadakan pembahagian lot kepada sebahagian penduduk kampung Kuala Kemaman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PENGISIAN BORANG ONLINE DANA BAKTI REMAJA DAN KEMASKINI BRIM 2018

Aktiviti Terkini | 01 - 31 Disember 2017

Aktiviti ini dapat menjadikan Pusat Internet sebagai pusat komuniti setempat dalam membantu golongan luar bandar melalui bantuan perkhidmatan secara atas talian....baca selanjutnya

PERTANDINGAN ‘ONLINE GAMES’

Aktiviti Terkini | 11 November 2017

Program ini bertujuan untuk menguji kecekapan peserta di dalam kepantasan belajar menaip menggunakan komputer melalui pertandingan 'fast typing' dan mewujudkan kepekaan ayat dikalangan peserta di dalam pertandingan teka silang kata yang dijalankan....baca selanjutnya

TREASURE HUNT ONLINE – JOM MENGENALI LAMAN WEB PI1M GELIGA

Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2017

Program ini djalankan bagi menguji minda kanak-kanak dalam mencari jawapan yang betul berdasarkan soalan-soalan yang diberikan sekaligus ianya dapat memperkenalkan laman web Pusat Internet 1Malaysia Kg Geliga kepada semua kanak-kanak yang terlibat....baca selanjutnya

PROGRAM PRO EYE CARE

Aktiviti Terkini | 08 September 2017

Program Pro Eye Care ini dilaksanakan adalah untuk memperkenalkan lagi pusat internet 1 malaysia kg geliga kepada seluruh penduduk di Bandar Kemaman. Selain itu, ia juga memberi satu kebaikan dan manfaat kepada kita semua tentang perjagaan mata yang betul. Dengan program ini juga, ianya dapat memberi satu kemudahan kepada penduduk-penduduk tempatan terutama golongan tua untuk datang memeriksa mata....baca selanjutnya

PROGRAM BERAMAH MESRA DI PI1M

Aktiviti Terkini | 04 Ogos 2017

Program ini dilaksanakan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara kakitangan Pi1M bersama penduduk-penduduk setempat dan pengguna setia Pi1M dan bagi menghargai mereka iaitu pengguna Pi1M yang sentiasa menyokong dan Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Geliga....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI IKBN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 18 Julai 2017

Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar IKBN terutamanya tentang media sosial, pentingnya ‘Klik Dengan Bijak’ bagi mengelakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia seperti demo 3D Printer....baca selanjutnya

PROGRAM PENGAGIHAN KURMA KEPADA PELANGGAN PI1M SERTA DEKO-DEKO HARI RAYA

Aktiviti Terkini | 12 Jun 2017

Tujuan program ini dijalankan adalah bersempena dengan menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia disamping mengadakan pengagihan kurma kepada pengunjung Pusat Internet yang hadir. Selain itu, mengajak ahli-ahli pi1m untuk melakukan dekorasi Hari Raya di Pusat Internet bagi merasai suasana untuk menyambut Hari Raya tidak lama lagi serta dapat mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain....baca selanjutnya

PROGRAM GERAK GEMPUR E-LEARNING ‘ASTRO TUTOR TV UPSR 2017’

Aktiviti Terkini | 14 Mei 2017

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai pembelajaran berasaskan E-learning serta kaedah penggunaannya melalui laman web Astro Tutor TV dan emberi tunjuk ajar kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR cara mempelajari di dalam Gerak Gempur Astro Tutor TV UPSR bagi meningkatkan pengetahuan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SM SAINS DUNGUN TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 04 April 2017

Program ini dapat memberi pendedahan kepada pelajar terutamanya tentang media sosial dan elakkan dari terpengaruh dengan buli cyber dan dapat memperkenalkan dan mempromosikan kemudahan yang disediakan di pusat internet...baca selanjutnya

MEWARNA ONLINE

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2017

Aktiviti ini dapat meningkatkan daya ingatan kanak-kanak dalam mengenal pasti warna dan dapat membantu kanak-kanak dalam menguasai kemahiran menggunakan tetikus (mouse) dalam memilih warna....baca selanjutnya

PROGRAM PENGISIAN ONLINE PERMOHONAN DANA NEGERI TERENGGANU BAGI KATEGORI REMAJA

Aktiviti Terkini | 1 - 15 Februari 2017

Tujuan program ini adalah dapat memberi kemudahan kepada penduduk kampung terutamanya golongan yang belum berkahwin untuk mengisi permohonan dana remaja secara atas talian dan mempromosikan dan memperkenalkan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pi1M dengan kadar yang berpatutan kepada penduduk kampung...baca selanjutnya

Program Advokasi di Tabika Tok Kapur

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Tujuan ini adalah mendedahkan pelajar dengan aplikasi pembelajaran atas talian dan memperkenalkan fungsi-fungsi setiap peralatan komputer kepada pelajar tabika justeru menarik minat pelajar untuk datang ke PI1M. Ianya juga dapat melahirkan komuniti yang celik IT selaras dengan usaha kerajaan untuk meluaskan lagi inisiatif Komuniti Pintar Kemaman (Kemaman Smart Community) melalui platform “Internet of Things” (IOT) dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti