PROGRAM ADVOKASI DI TABIKA TOK KAPUR

Aktiviti Terkini | 22 Januari 2017

Tujuan ini adalah mendedahkan pelajar dengan aplikasi pembelajaran atas talian dan memperkenalkan fungsi-fungsi setiap peralatan komputer kepada pelajar tabika justeru menarik minat pelajar untuk datang ke PI1M. Ianya juga dapat melahirkan komuniti yang celik IT selaras dengan usaha kerajaan untuk meluaskan lagi inisiatif Komuniti Pintar Kemaman (Kemaman Smart Community) melalui platform “Internet of Things” (IOT) dan secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Pasir Gajah dengan kerjasama PI1M Binjai, PI1M Bukit Anak Dara, PI1M Kg Bharu, dan PI1M Geliga telah mengadakan Program Advokasi di Tabika Tok Kapur Binjai, Kemaman.Program ini telah diadakan di Tabika Tok Kapur seramai 27 orang pelajar dan 3 orang guru terlibat sama dalam program tersebut.

Kelebihan Aktiviti :

Berkongsi pengetahuan dengan guru tabika tentang medium pembelajaran atas talian. Pelajar lebih berminat untuk belajar kerana lebih interaktif (menggunakan smart tv) dan menghiburkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan



Kembali Ke Halaman Utama