Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Geliga di perolehi berikutan cahaya kemilau yang didakwa nelayan terpancar diatas puncak bukit yang berada di hujung kampung. Cahaya itu dipercayai cahaya “batu geliga” yang hanya dapat dilihat oleh nelayan di tengah laut. Kemudian bersempena dengan itu maka lahirlah nama “ Kampung Geliga”.

Mengikut cerita lisan orang-orang tua Kampung Geliga asalnya adalah kawasan hutan pantai yang ditumbuhi pokok rhu, mengkuang , kemunting, gajus dan kelapa. Kampung Geliga adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pinggir pantai geliga.

Kampung ini mula diduduki pada awal tahun 60 –an apabila pihak kerajaan mengadakan pembahagian lot kepada sebahagian penduduk kampung Kuala Kemaman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


HARI BERSAMA KOMUNITI DI PUSAT INTERNET PASIR GAJAH

Aktiviti Terkini | 16 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti cukup penting kerana bagi memperkenalkan dan mempromosikan perkhidmatan pusat internet kepada komuniti setempat dengan mendekatkan diri dengan masyarakat. Antara aktiviti yang diadakan adalah permainan atas talian, Klik Dengan Bijak, program usahawan dan pertandingan masakan....baca selanjutnya

KURSUS PEMBUATAN ROTI DAN PASTRI

Aktiviti Terkini | 17 November 2018

Program ini merupakan satu inisiatif yang diambil oleh Kluster Daerah Kemaman berdasarkan permintaan yang tinggi dalam kalangan komuniti di Kampung Bukit Kuang berdasarkan hasil kaji selidik yang telah dijalankan bersama ketua wanita. Kursus ini ditawarkan dengan tujuan untuk memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang pembuatan roti dan pastri kepada golongan yang berminat, terutama kepada golongan wanita di sini yang minat untuk mendalami ilmu rumahtangga. Ia juga diharapkan agar dapat menjadi sumber pendapatan sampingan kepada golongan wanita....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SEMPENA PESTA KONVOKESYEN TATIUC KE-12

Aktiviti Terkini | 11 November 2018

Pada 11 November 2018 (Ahad) merupakan Hari Konvokesyen Terengganu Advance Training Institute University College (TatiUc) yang ke 12. Program yang berlansung dari 7.30 pagi hingga jam 4.00 petang tersebut merupakan satu medium bagi kami mempromosikan & advokasi Klik Dengan Bijak Pusat Internet Daerah Kemaman serta produk produk & perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet seliaan Digi Telecommunication Sdn Bhd. Program ini dijalankan bagi mempromosikan Telefon Pintar Vivo Y53. Pusat Internet. Di samping itu aktiviti advokasi bagi mempromosi Pusat Internet turut dijalankan....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

HARI SUKAN NEGARA (SUKAN RAKYAT)

Aktiviti Terkini | 19 Oktober 2018

Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri masyarakat dan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara penduduk kampung tidak mengira kaum dan peringkat umur....baca selanjutnya

PROGRAM JALINAN KASIH HARI WARGA EMAS

Aktiviti Terkini | 30 September 2018

Program ini diadakan bersempena dengan Hari Warga Emas pada 1 Oktober 2018. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu golongan yang memerlukan disamping memperingati mereka yang memerlukan....baca selanjutnya

HARI MERDEKA DESA KELUARGA DUNGUN 2018>

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2018

Pusat Internet dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) cawangan Dungun telah mengadakan sambutan kemerdekaan bersama komuniti Flat Desa Keluarga Bijangga Dungun....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA & PENYELAMAT BANDAR CHENEH BHARU, KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 12 Ogos 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas Pusat Internet bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di Pusat Internet atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran...baca selanjutnya

HARI TERBUKA RAYA ANAK DARA BERSAMA KOMUNITI & KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 01, 06, 14 Julai 2018

Hari Terbuka Raya Pusat Internet ini diadakan adalah untuk meraikan Syawal setelah sebulan berpuasa menahan lapar & dahaga. Program ini secara tidak lansung mengajak komuniti berkunjung ke Pusat Internet serta melihat dengan lebih dekat aktiviti & perancangan Pusat Internet yang disediakan buat komuniti....baca selanjutnya

SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA RUMAH KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM AL-HIJRAH

Aktiviti Terkini | 03 Jun 2018

Program sumbangan hari raya kepada anak-anak yatim adalah merupakan program yang amat sesuai di bulan kemulian iaitu bulan ramadhan. Secara tidak langsung dapat mewujudkan sikap prihatin Pusat Internet kepada Anak-anak Yatim. Sumbangan yang mempunyai hamper kuih raya dan duit raya telah diberikan kepada anak-anak Yatim Al-Hijrah, Binjai...baca selanjutnya

PROGRAM GELOMBANG NELAYAN NASIONAL : PEMBAHAGIAN SIMPACK PERCUMA KEPADA INDUSTRI ASAS TANI & PERTANIAN

Aktiviti Terkini | 07 Mei 2018

Pembahagian simpack percuma di bawah program MyAgro perlu diagihkan kepada semua nelayan, petani, peladang & usahawan. Melalui program ini secara tidak langsung dapat berkongsi sedikit sebanyak maklumat tentang Pusat Internet Kg Geliga....baca selanjutnya

HARI BERSAMA KOMUNITI PUSAT KAWALAN KEMAMAN BERSAMA KLUSTER KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 25 April 2018

Hari Terbuka ini diadakan adalah untuk memperkenalkan PI1M kepada penduduk setempat dan mengeratkan hubungan silaturahim antara petugas PI1M dengan pengunjung Perpustakaan Awam Daerah Kemaman & pelajar Pendidikan Khas 4U2C Daerah Kemaman serta menarik minat mereka untuk menyertai aktiviti PI1M sekali gus mempromosi aktiviti PI1M dan menambahkan jumlah penyertaan ahli PI1M....baca selanjutnya

EKSPO PEMBANGUNAN KEMAMAN 2018

Aktiviti Terkini | 18 - 21 April 2018

Ekspo Pembangunan Kemaman 2018 yang berlangsung selama tiga hari memberi banyak manfaat kepada rakyat daerah Kemaman dan pengunjung yang hadir merangkumi pelbagai perkara termasuk aktiviti dan kisah kejayaan serta pembangunan negeri yang dipamerkan di karnival tersebut....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI 4U2C PENDIDIKAN KHAS KEMAMAN

Aktiviti Terkini | 28 Mac 2018

Program Advokasi Klik Dengan Bijak telah diadakan bersama pelajar autisme. 4U2C adalah satu program cergas dan cerdas yang dirancang oleh Unit Pendidikan Khas dan Swasta Pejabat Pendidikan Daerah Kemaman, Terengganu untuk semua murid-murid pendidikan khas sekolah rendah dan menengah serta murid pemulihan di daerah tersebut....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK CHERUL

Aktiviti Terkini | 27 Mac 2018

Program Advokasi Klik Dengan Bijak & E Waste telah diadakan bersama pelajar SMK Cherul anjuran Kluster Kemaman pada 27 Mac 2018....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI & DASHBOARD KOMUNITI BERSAMA IKBN KEMASIK

Aktiviti Terkini | 08 Februari 2018

Program Advokasi & Dashboard Komuniti telah diadakan di Dewan Sri Suria, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik yang dianjurkan oleh Kluster Kemaman...baca selanjutnya

PROGRAM JOM BACA BUKU DAN CELIK IT

Aktiviti Terkini | 06 Februari 2018

Program Jom Baca Buku & Celik IT telah diadakan di INSPI Kemaman anjuran Majlis Perwakilan Pelajar INSPI (MPPI).Program ini turut dihadiri oleh Pustaka Awam Daerah Kemaman, Mohd Copier Serv & Trading Sdn Bhd (MCSB), Aman Palestin...baca selanjutnya

MISI BANTUAN BANJIR SERTA PENYERAHAN BANTUAN BANJIR 2018

Aktiviti Terkini | 07 - 31 Januari 2018

Program ini dijalankan bagi membantu mangsa banjir dan memperkenalkan perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M secara umumnya kepada komuniti dan menjalinkan hubungan baik dengan penduduk setempat....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti