Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Nama Kampung Geliga di perolehi berikutan cahaya kemilau yang didakwa nelayan terpancar diatas puncak bukit yang berada di hujung kampung. Cahaya itu dipercayai cahaya “batu geliga” yang hanya dapat dilihat oleh nelayan di tengah laut. Kemudian bersempena dengan itu maka lahirlah nama “ Kampung Geliga”.

Mengikut cerita lisan orang-orang tua Kampung Geliga asalnya adalah kawasan hutan pantai yang ditumbuhi pokok rhu, mengkuang , kemunting, gajus dan kelapa. Kampung Geliga adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pinggir pantai geliga.

Kampung ini mula diduduki pada awal tahun 60 –an apabila pihak kerajaan mengadakan pembahagian lot kepada sebahagian penduduk kampung Kuala Kemaman.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PROGRAM KESEDARAN DAN KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PELAJAR INSTITUT KEMAHIRAN BELIA DAN NEGARA (IKBN KEMASIK)

Aktiviti Terkini | 9 Disember 2020

Program Klik Dengan Bijak ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pelbagai ancaman yang diterima melalui media sosial pada masa kini....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA: TEMA FRONTLINERS BERSAMA AHLI PUSAT INTERNET KOMUNITI (PIK) KG. GELIGA

Aktiviti Terkini | 6 Disember 2020

Program pertandingan mewarna ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara staf-staf PIK Kg. Geliga dengan ahli PIK Kg. Geliga. ...baca selanjutnya

FACEBOOK LIVE BERSAMA USAHAWAN PIK KG. GELIGA

Aktiviti Terkini |20 November 2020

Facebook Live bersama usahawan PIK Kg. Geliga bertujuan untuk memperkenalkan perniagaan Produk Usahawan Bumiputera kepada orang ramai melalui online platform seperti online Facebook Live...baca selanjutnya

KEMPEN “JOM DERMA DARAH”

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2020

Kempen “Jom Derma Darah” diadakan bagi memberi pendedahan tentang kepentingan derma darah kepada masyarakat iaitu 1 beg darah mampu menyelamatkan 3 nyawa....baca selanjutnya

BENGKEL MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) BERSAMA KOMUNITI 2020

Aktiviti Terkini | 5 September 2020

Bengkel MIV Bersama Komuniti 2020 secara online disampaikan oleh pihak MCMC, Cyberjaya....baca selanjutnya

KARNIVAL SUKAN SEMPENA HARI MALAYSIA PUSAT INTERNET BERSAMA MPKK

Aktiviti Terkini | 19 September 2020

Program ini diadakan bagi menyemarakan suasana sambutan Hari Malaysia disamping untuk mengeratkan silaturahim sesama penduduk kampong tidak mengira peringkat umur....baca selanjutnya

SEMINAR PENCEGAHAN KEBAKARAN SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 8 Ogos 2020

Seminar ini bertujuan untuk kakitangan Pusat Internet didalam langkah-langkah pencegahan daripada berlaku kebakaran, jenis-jenis kebakaran dan kes kecurian. Selain itu, cara-cara untuk menyelamatkan diri ketika berlaku kebakaran....baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA TABIKA KEMAS KG GELIGA

Aktiviti Terkini | 12 Julai 2020

Program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim diantara pihak tabika dan Pusat Internet Kg Geliga....baca selanjutnya

JOM KENALI PERSONALITI DIRI ANDA

Aktiviti Terkini | 1 Jun 2020

Program bermula dengan sesi pendaftaran peserta seramai 10 orang dan melakukan pendaftaran mengikut SOP seperti jarak satu meter dan cek suhu peserta dan tiada gejala penyakit....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK DI SK KG BARU RASAU KERTEH 5

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2020

Program Advokasi yang akan dijalankan adalah Klik Dengan Bijak(KDB)....baca selanjutnya

-->

MAJLIS BACAAN YASIN & TAZKIRAH SEMPENA TAHUN BARU 2020

Aktiviti Terkini | 24 Januari 2020

Majlis dimulakan dengan kehadiran para tetamu Jemputan dan VIP. Bacaan doa dibaca oleh Ustaz Abdul Malik dan seterusnya ucapan perasmian oleh Pengerusi MPKK Padang Kubu. Sesi tazkirah dan motivasi disampaikan oleh Penceramah Ustaz Abdul Malik dan bacaan Yasin. Selesai program para tetamu dijemput untuk makan tengahari dan bersurai....baca selanjutnya

PROGRAM KECANTIKAN BERSAMA MARY KAY

Aktiviti Terkini | 11 Januari 2020

Program ini memberi pendedahan ilmu tentang kepentingan penjagaan wajah cara Mary Kay, mempelajari teknik penjagaan serta solekan asas wajah di samping dapat Memperkenalkan Pi sebagai ‘Multi Function’ iaitu tidak terhad kepada perkhidmatan asas yang disediakan....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti