KEMPEN “JOM DERMA DARAH”

Aktiviti terkini |17 Oktober 2020

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Bukit Kuang

Tujuan :
• Kempen “Jom Derma Darah” diadakan bagi memberi pendedahan tentang kepentingan derma darah kepada masyarakat iaitu 1 beg darah mampu menyelamatkan 3 nyawa.
• Selain derma darah juga, terdapat beberapa penjualan daripada usahawan-usahawan Pusat Internet.
• Program ini juga dapat memperkenalkan Pusat Internet di sekitar daerah Kemaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet.


Kelebihan Aktiviti :
• Membantu masyarakat dalam mengetahui kebaikan dalam menderma darah.
• Menimbulkan kesedaran kepada masyarakat bahawa menderma darah merupakan satu amalan yang mulia dan mampu menyelamatkan nyawa seseorang.
• Membolehkan masyarakat mengenal pasti kepentingan menderma darah kepada tubuh badan.
• Memperkenalkan Pusat Internet di sekitar daerah Kemaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet.
• Mempromosikan program Komuniti Pintar dengan kerjasama Pusat Internet Daerah Kemaman.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.