Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Nama Kampung Geliga di perolehi berikutan cahaya kemilau yang didakwa nelayan terpancar diatas puncak bukit yang berada di hujung kampung. Cahaya itu dipercayai cahaya “batu geliga” yang hanya dapat dilihat oleh nelayan di tengah laut. Kemudian bersempena dengan itu maka lahirlah nama “ Kampung Geliga”.
Mengikut cerita lisan orang-orang tua Kampung Geliga asalnya adalah kawasan hutan pantai yang ditumbuhi pokok rhu, mengkuang , kemunting, gajus dan kelapa. Kampung Geliga adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pinggir pantai geliga.
Kampung ini mula diduduki pada awal tahun 60 –an apabila pihak kerajaan mengadakan pembahagian lot kepada sebahagian penduduk kampung Kuala Kemaman.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PENDIGITALAN USAHAWAN PELAJAR DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR UITM MACHANG KELANTAN
Aktiviti Terkini | 4 Disember 2021
Ketibaan pelajar dan tetamu UiTM untuk meyertai Facebook dan Youtube Live JPK TDM UiTMCK...baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR KOLEJ TUN DR.MAHATHIR UITM MACHANG KELANTAN
Aktiviti Terkini | 20 November 2021Ketibaan pelajar dan tetamu UiTM untuk meyertai Facebook dan Youtube Live JPK TDM UiTMCK...baca selanjutnya
DEMO MASAKAN IKAN BAKAR PETAI
Aktiviti Terkini | 24 Oktober 2021Program ini diadakan secara atas talian menggunakan medium FB page Pusat Internet Komuniti Kg.geliga & Pusat Internet Komuniti Padang Kubu. Demo masakan ini dilakukan di rumah usahawan Pusat Internet Padang kubu pada waktu “Lunch Hour”. Dua demo masakan yang ditunjukan pada sesi live tersebut iaitu Ikan Bakar Petai & Ayam Bakar Madu Mamak. Pes ikan bakar dan juga rempah ayam madu mamak merupakan produk “homemade” Bumiputera yang diusahakan sendiri oleh usahawan tempatan...baca selanjutnya
PROGRAM BICARA SANTAI : CABARAN PELAJAR DI MUSIM PANDEMIK
Aktiviti Terkini | 23 Oktober 2021Program Bual bicara ini adalah merupakan salah satu program untuk member motivasi kepada adik-adik yang terpaksa melalui fasa pembelajaran secara PDPR dan memerlukan semangat daripada orang sekeliling untuk tidak berputus asa dengan suasana pembelajaran normal baru....baca selanjutnya
PROGRAM BACAAN AL-MATHURAT
Aktiviti Terkini | 24 September 2021Program ini dimulakan dengan sedikit pencerahan tentang maksud Al-Mathurat dan juga kelebihan membaca surah Al-Mathurat setiap hari. Seterunsya progam dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran bermula surah Al-fatihah,himpunan ayat-ayat Al-Mathurat serta zikir,wirid dan doa di penghujung progam. Memberi kata-kata semangat agar semua penonton page fb live supaya membaca Al-Mathurat menjadikan satu amalan harian untuk mendapatkan keredhoan daripada Allah S.W.T serta memperolehi ketengan hidup dunia dan akhirat....baca selanjutnya
PROGRAM PENUBUHAN HARI MALAYSIA SEMPENA 16 SEPTEMBER 2021
Aktiviti Terkini | 15 September 2021Bagi memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia, Program penubuhan hari Malaysia bersempenakan !6 September 2021 diadakan secara atas talian melalui Facebook Live Pusat Internet Komuniti Kg. Geliga. Program ini berkolaborasi dengan Pusat Internet Komuniti Binjai bagi memberikan sedikit taklimat sejarah mengenai hari penubuhan Hari Malaysia 1963 serta kronologi pembentukan Malaysia. Selain itu, bagi menyemarakkan lagi hari Malaysia, alunan video lagu hari Malaysia didendangkan pada program penubuhan hari Malaysia ini dan sama-sama berkibar bendera jalur gemilang....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN@PIK ANJURAN LPPKN
Aktiviti Terkini | 13 September 2021Program ini diadakan secara atas talian melalui google meet yang dihadiri seramai 49 orang remaja. Mereka merupakan ahli dan remaja komuniti dari 12 buah Pusat Internet Komuniti Kemaman. Program ini terdiri daripada 3 segmen utama iaitu, Taklimat Aplikasi MyKafeTEEN, Teen Talk – Tanggungjawab Seksualiti, dan Kuiz Interaktif melalui medium Gimkit. Dihadiri oleh Encik Muhamad Noh bin Abdullah, Pengarah Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu, dalam menyampaikan ucapan pesanan penutup program hari ini. Penghargaan turut diberikan atas kolaborasi yang baik melibatkan LPPKN, SKMM dan Pusat Internet Komuniti di Negeri Terengganu...baca selanjutnya
BENGKEL SHOPEE X PIK KEMAMAN : TOPIK KEWANGAN
Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2021Bengkel Shopee anjuran Kluster Kemaman ini merupakan Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Facebook Page Menarik Di Kemaman Idaman kerana ia merupakan program bersama anjuran Pusat Internet Komuniti Kemaman. Penggerak utama program ini adalah Pusat Internet Komuniti Bukit Anak Dara...baca selanjutnya
PENGENALAN ASAS SHOPEE KEPADA USAHAWAN (CARA MENDAFTAR AKAUN & MEMUAT NAIK GAMBAR PRODUK PADA SHOPEE)
Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2021
Pengenalan Kepada Usahawan Untuk Belajar Bagaimana Cara Untuk Mendaftar Akaun & Memuat Naik Gambar Produk Jualan Di Shopee...baca selanjutnya
PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN 
Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2021
Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini diadakan bagi memberi informasi kepada semua rakyat Malaysia mengenai vaksin yang terdapat di Malaysia serta persediaan sebelum mengambail suntikan vaksinasi. Selain itu, menyatakan golongan yang berisiko di dalam jangkitan wabak virus Covid-19 ini....baca selanjutnya
FB LIVE : ‘BACAAN SERENTAK SURAH AL-KAHFI BERSAMA 3 BUAH PUSAT INTERNET KOMUNITI KG.GELIGA, PUSAT INTERNET KOMUNITI PASIR GAJAH, PUSAT INTERNET PADANG KUBU
Aktiviti Terkini | 23 Julai 2021Program Slot Kerohanian bacaan surah Al-Kahfi untuk bermunajat kepada Allah S.W.T meminta perlindungan supaya dijauhkan daripada segala wabak yang sedang melanda dunia iaitu Wabak Covid-19 dan juga mengelakkan daripada fitnah dajjal...baca selanjutnya
FB LIVE : BICARA KLIK DENGAN BIJAK JENAYAH SIBER
Aktiviti Terkini | 10 Julai 2021Program bicara klik dengan bijak yang bertajuk Jenayah Siber bekerjasama dengan PIK Kg. Geliga, PIK Pasir Gajah, PIK Binjai dan PIK Kg.Gong Chengal yang berdurasi satu jam di dalam facebook live laman page pusat internet komuniti kg. geliga...baca selanjutnya
FB LIVE: CARA PENGGUNAAN PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP ANJURAN PIK KG. GELIGA, PIK BINJAI DAN PIK PASIR GAJAH
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2021Facebook Live Cara-cara Penggunaan Perisian Adobe Photoshop ini dianjurkan oleh PIK Kg. Geliga, PIK Binjai dan PIK Pasir Gajah yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai bagaimana untuk membuat Poster, Banner, Bunting, Sticker dan lain-lain lagi. Adobe Photoshop adalah salah satu applikasi yang terbaik untuk mengedit gambar dan corak untuk membuat pelbagai banner...baca selanjutnya
FB LIVE : ‘MUHASABAH CINTA’ BERSAMA USTAZAH ADZHA BINTI GHAZALI (KETUA WANITA ISMA KEMAMAN)
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2021Program Slot Kerohanian yang bertajuk ‘Muhasabah Cinta’ bertujuan untuk muhasabah diri dalam menghadapi ujian di dalam mengharungi Wabak Covid-19 ini...baca selanjutnya
FB LIVE ‘TEMUBUAL BERSAMA USAHAWAN PIK KG. GELIGA : PENJUALAN BAWAL KEKABOO PALESTINE AL-AQSA’
Aktiviti Terkini | 28 Mei 2021Penjualan Bawal Kekaboo Palestine Al-Aqsa’ ini diadakan adalah untuk memperkenalkan keluaran corak terbaru daripada keluaran Bawal Kekaboo..baca selanjutnya
PROGRAM PERMOHONAN ZAKAT DALAM TALIAN: MAIDAM TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 9 Mei 2021Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampung terutama kepada golongan yang kurang mahir di dalam pengisian borang diatas talian...baca selanjutnya
KLUSTER KEMAMAN : PROGRAM IHYA RAMADHAN
Aktiviti Terkini | 23 April 2021Tujuan program ini di adakan adalah untuk menghayati bulan Ramadhan yang bakal tiba dan juga penghayatan Peristiwa Nuzul Quran. Selain itu program ini memberi sumbangan kepada seorang pesakit Kanser Limfoma tahap empat dan juga kepada lima belas orang anak-anak Asnaf Kampung Padang Kubu..baca selanjutnya
PROGRAM ‘JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT’
Aktiviti Terkini | 22 April 2021Objektif program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ bagi menerapkan budaya membaca di dalam kehidupan seharian...baca selanjutnya
PROGRAM KLUSTER MAC : SCRATCH- MUDAHNYA BINA PERMAINAN KOMPUTER MENGGUNAKAN PENGATURCARAAN VISUAL BERSAMA JOMGEEK
Aktiviti Terkini | 28 Mac 2021Facebook Live bersama wakil daripada JOMGEEK iaitu Encik Husnil Khatimi bagi memperkenalkan perisian Scratch yang digunakan untuk membina permainan komputer kepada viewers....baca selanjutnya
FB LIVE : LIVE BERSAMA USAHAWAN PUSAT INTERNET KOMUNITI KG.GELIGA PUAN SITI NOOR SHAZWANI BINTI JUSOH. AGEN "CONFLAKES SALTED EGG"
Aktiviti Terkini | 21 Mac 2021Temubual Usahawan bersama Puan Siti Noor Shazwani Binti Jusoh adalah Agen "CONFLAKES SALTED EGG"...baca selanjutnya
LIVE BERSAMA USAHAWAN PIK KG.GELIGA : “TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA PENGASAS AL-SAFA BEAUTY & HEALTH”
Aktiviti Terkini | 7 Februari 2021Facebook Live bersama usahawan PIK Kg. Geliga bertujuan untuk memperkenalkan perniagaan Produk Usahawan Homemade iaitu Jamu Manjakani dan Tongkat Ali untuk kesihatan lelaki dan perempuan...baca selanjutnya
NAMA PROGRAM : SLOT KEROHANIAN, AL-FATIHAH(BERTAJWID) DAN BACAAN YASIN SECARA ONLINE DI FB LIVE PIK KG. GELIGA
Aktiviti Terkini | 29 Januari 2021Program Slot Kerohanian : Al-Fatihah (Perbetulkan Tajwid) dan Bacaan Yasin ini merupakan program Bacaan Serentak secara online melalui FB Live Pusat Internet Komuniti Kg. Geliga...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK “TRUTH CAMPAIGN : KEBEBASAN BERSUARA BUKAN KEBEBASAN BERBOHONG”
Aktiviti Terkini | 1 Januari 2021Program Advokasi Klik Dengan Bijak “Truth Campaign : Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong” merupakan kempen pendedahan kepada semua pengguna internet ...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya