PENGENALAN ASAS SHOPEE KEPADA USAHAWAN (CARA MENDAFTAR AKAUN & MEMUAT NAIK GAMBAR PRODUK PADA SHOPEE)

Aktiviti terkini |27 Ogos 2021

Tempat Aktiviti:
Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung Geliga & Page Pusat Internet Komuniti Padang Kubu

Tujuan :
• Memberi panduan kepada usahawan untuk mendaftar akaun Shopee sebagai penjual dan juga pembeli
• Melahirkan lebih ramai usahawan digital yang celik IT dan juga secara tidak langsung dapat menjana pendapatan berlipat kali ganda
• Dapat menarik minat pembeli dengan memuat naik gambar-gambar produk yang menarik


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini dijalankan secara atas talian menggunakan Page Facebook Pusat Internet Komuniti Kg.Geliga & Page Facebook Pusat Internet Komuniti Padang Kubu
• Program ini dianggotai oleh seorang wakil daripada PIK masing-masing.

Kelebihan Aktiviti :
• Dapat menambahkan lagi pengikut dan juga secara tidak langsung dapat menambah keuntungan yang lebih besar
• Dapat melahirkan lebih ramai usahawan digital yang bergerak seiring dengan arus permodenan teknologi dihujung jari pada hari ini
• Kaedah penjualan lebih fleksibel kerana dapat menjimat masa, tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan sesuatu barang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.