KARNIVAL KEMASIK SEJAHTERA

Aktiviti terkini | 06 - 07 September 2019

Tempat Aktiviti:
Bandar Baru Kerteh

Tujuan :
• Memperkenalkan Pusat Internet kepada pengunjung Karnival Kemasik Sejahtera.
• Menarik minat pengunjung untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet.
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan Pusat Internet dengan pengunjung gerai jualan Karnival Kemasik Sejahtera.
• Mempromosikan Produk Digi yang ditawarkan oleh Pusat Internet.
• Medium advokasi Klik Dengan Bijak sinonim dengan sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk semangat patriotisme di dalam jiwa setiap daripada kita yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung.
• Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan perpaduan kepada semua peringkat umur dan lapisan masyarakat.
• Merupakan satu program tanggungjawab sosial korporat Pusat Internet Kemaman kepada komuniti sekitar.
• Memperkenalkan Pusat Internet di sekitar daerah Kemaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet kepada penduduk sekitar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.