PROGRAM KESEDARAN & SARINGAN KESIHATAN KOMUNITI DESA

Aktiviti terkini | 12 April 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Padang Kubu

Tujuan :
Program ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang pelbagai jenis penyakit yang merbahaya serta memberi pengetahuan berkenaan penjagaan kesihatan. Selain itu juga, program ini amat penting dalam memberi peluang dan ruang Agensi Kerajaan, Swasta dan NGO dalam memberi perkhidmatan, sumbangan serta melaksanakan aktiviti CSR (Corporate Social Responsibility) secara langsung kepada komuniti khususnya. Sekaligus, dapat memastikan komuniti setempat peka terhadap isu-isu kesihatan dan menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul.

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan tentang penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat.
• Mengetahui langkah-langkah untuk menangani penyakit berjangkit dan rawatan yang sesuai dilakukan.
• Mendedahkan penjagaan kesihatan dan kebersihan secara menyeluruh dan mengikut prosedur yang betul terhadap masyarakat.
• Meningkatkan keprihatinan dan komitmen masyarakat terhadap kebersihan alam sekitar.
• Memperkenalkan Pusat Internet di sekitar daerah Kemaman dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet.
• Mempromosikan program Komuniti Pintar dengan kerjasama Pusat Internet Daerah Kemaman.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :