PROGRAM PENGHAYATAN RAMADHAN SERTA PENGAGIHAN KURMA

11 Jun 2016 | Aktiviti Terkini

Masa : 2.30PM – 4.30PM

Pada 11 Jun 2016 telah diadakan Program Penghayatan Ramadhan serta Pengagihan Kurma. Tujuan program ini dijalankan adalah bersempena dengan menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia disamping mengadakan pengagihan kurma kepada pengunjung Pusat Internet 1Malaysia Kg Geliga yang hadir. Aktiviti yang dijalankan bermula dengan penayangan video pendek yang bertemakan bulan Ramadhan. Aktiviti yang dijalankan ini melibatkan ahli dan juga bukan ahli PI1M.

Tujuan diadakan aktiviti ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara penduduk setempat dengan Pusat Internet 1 Malaysia. Aktiviti ini juga menggalakkan kita untuk menghayati bulan Ramadhan yang mulia dengan tayangan video bertemakan bulan Ramadhan disamping lagu-lagu berkonsepkan keislaman dan ketuhanan. Melalui aktiviti ini juga pihak PI1M telah memberi sedikit penghargaan kepada setiap pelanggan pusat internet yang hadir dengan pemberian kurma.