PERTANDINGAN MENCARI PERKATAAN TERSEMBUNYI

29 April 2016 | Aktiviti Terkini

Masa : 2.30PM – 4.30pm
Tujuan aktiviti mencari benda tersembunyi ini dijalankan adalah untuk mengasah bakat para peserta dari segi minda, kreativiti, dan ketangkasan dalam melakukan sebarang tugas yang diberikan.
Para peserta diberikan 18 bentuk benda tersembunyi yang berbeza untuk dicari dalam gambar yang telah diberikan. Melalui aktiviti ini para peserta diuji dalam aspek pengecaman di dalam sesuatu gambar penuh yang telah diberikan. Peserta yang paling cepat menyelesaikan aktiviti mencari benda tersembunyi ini dikira sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Hadiah yang dimenangi adalah berupa set alat tulis.

PERTANDINGAN MENCARI BENDA TERSEMBUNYI