PROGRAM PENGISIAN BANTUAN DANA RAYA 2016

8 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Masa : 10.00AM – 5.00PM
Pada tarikh 08 May 2016 sehingga 20 May 2016 Pusat Internet 1 Malaysia Kg Geliga, Kemaman telah mengadakan Program Pengisian Bantuan Dana Raya 2016. Tujuan program ini di adakan adalah untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampung terutama golongan orang tua untuk mengisi permohonan Bantuan Dana Raya 2016 secara atas talian memandangkan ada yang kurang memahami serta tidak pernah memohon bantuan secara atas talian. Mereka diberikan kemudahan dalam bentuk bantuan pengisian secara atas talian oleh pihak Pusat Internet 1 Malaysia Kg Geliga, Kemaman. Melalui program ini ia dapat merapatkan lagi hubungan antara penduduk setempat dengan Pusat Internet 1 Malaysia. Ia juga menjadikan Pusat Internet sebagai satu pusat komuniti dalam membantu golongan luar bandar mencapai kemudahan internet tanpa batas serta dapat mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar