Aktiviti Menghias Pusat Internet 1Malaysia Sempena Hari Kemerdekaan

26 Ogos 2016 | Aktiviti Terkini

Masa : 2.30pm – 4.30pm

Pada 26 Ogos 2016 Pusat Internet 1Malaysia Kg Geliga telah mengadakan Aktiviti Menghias PI1M Sempena Bulan Kemerdekaan. Tujuan program ini diadakan adalah bagi menyambut ketibaan Hari Kemerdekaan Malaysia yg ke-59 Tahun 2016 yang akan disambut oleh seluruh rakyat Malaysia pada 31 Ogos 2016. Kandungan utama aktiviti adalah dengan mengadakan aktiviti menghias bendera Malaysia di dalam dan juga di luar Pusat Internet. Aktiviti ini telah melibatkan pihak PI1M bersama-sama dengan para pengunjung PI1M Kg Geliga tidak mengira ahli mahupun bukan ahli PI1M.

Melalui porgram seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara penduduk setempat dengan Pusat Internet 1 Malaysia. Di samping itu dapat memupuk semangat kemerdekaan dalam kalangan golongan muda dengan menerapkan semangat patriotik dan cintakan negara Malaysia. Selain itu juga, ia dapat memupuk semangat tolong menolong antara manusia dan semangat berkumpulan dalam kalangan ahli dan bukan ahli Pusat Internet 1Malaysia Kg Geliga.

Aktiviti Menghias PI1M Sempena Hari Kemerdekaan | 26 Ogos 2016