Pertandingan Match Malaysia Map Sempena Hari Malaysia

11 September 2016 | Aktiviti Terkini

Masa : 10.00am – 12.00pm

Pada 11 September 2016 Pusat Internet 1Malaysia telah mengadakan Pertandingan Match Malaysia Map bersempena dengan Hari Malaysia 16 September 2016. Pertandingan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada para peserta mengetahui dan mengenali negeri-negeri yang terdapat dalam Negara Malaysia.

Pertandingan yang bermula pada jam 10.00 pagi ini diadakan secara berkumpulan di mana setiap kumpulan mewakili 2org ahli sahaja bukan sahaja ahli malah bukan ahli PI1M Kg Geliga. Para peserta dikehendaki memadankan gambar negeri-negeri di Malaysia pada peta Malaysia dengan tepat. Keputusan pertandingan dinilai berdasarkan jumlah ketepatan jawapan serta yang cepat menyiapkan tugasan.

Melalui aktiviti ini dapat merapatkan lagi hubungan antara komuniti setempat dengan Pusat Internet 1 Malaysia. serta dapat meningkatkan pengetahuan peserta terhadap kedudukan negeri-negeri yang ada di Malaysia. Selain itu, dapat memupuk semangat bersatu dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu kerja. Aktiviti berkumpulan ini juga dapat menyemai sikap kerjasama dan saling bantu-membantu dalam menyelesaikan sesuatu kerja berkumpulan.

Pertandingan Match Malaysia Map Sempena Hari Malaysia | 11 September 2016