Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Ekonomi Digital (PEDi) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Nama Kampung Geliga di perolehi berikutan cahaya kemilau yang didakwa nelayan terpancar diatas puncak bukit yang berada di hujung kampung. Cahaya itu dipercayai cahaya “batu geliga” yang hanya dapat dilihat oleh nelayan di tengah laut. Kemudian bersempena dengan itu maka lahirlah nama “ Kampung Geliga”.
Mengikut cerita lisan orang-orang tua Kampung Geliga asalnya adalah kawasan hutan pantai yang ditumbuhi pokok rhu, mengkuang , kemunting, gajus dan kelapa. Kampung Geliga adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di pinggir pantai geliga.
Kampung ini mula diduduki pada awal tahun 60 –an apabila pihak kerajaan mengadakan pembahagian lot kepada sebahagian penduduk kampung Kuala Kemaman.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM PEMBANGUNAN & PENDIGITALAN USAHAWAN
Aktiviti Terkini | 28 September 2024
Membantu usahawan menggunakan teknologi untuk mengurangkan kos dan masa dalam pengurusan perniagaan.....baca selanjutnya
KELAS ICT : ASAS PERMULAAN MEMBUAT ‘CROCHET’
Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2024Program ini akan mempelajari tentang Asas membuat Crochet/Kait antaranya cara pegang yarn dan hook, Slip knot & chain dan banyak lagi mengenai Crochet....baca selanjutnya
BENGKEL SHOPEE : AFFILIATE
Aktiviti Terkini | 18 Julai 2024Bengkel ini dihadiri seramai 10 orang usahawan daripada komuniti sekitar NADI kg. Geliga...baca selanjutnya
MICROSOFT WORD : RESUME PART 2 BERSAMA PELAJAR RANACO
Aktiviti Terkini | 2 Jun 2024Pelajar buka microsoft word...baca selanjutnya
MICROSOFT WORD : MEMBUAT MODUL PEMBELAJARAN (KERJA KURSUS BAHASA MELAYU)
Aktiviti Terkini | 5 Mei 2024Pelajar di dedahkan dengan asas menaip dengan betul supaya hasil kerja mereka kelihatan dengan lebih kemas dan tersusun rapi mengikut keutamaan konten....baca selanjutnya
MICROSOFT WORD : RESUME
Aktiviti Terkini | 21 April 2024Peserta buka microsoft word...baca selanjutnya
MEMBUAT POSTER SELAMAT HARI RAYA MENGGUNAKAN APLIKASI CANVA
Aktiviti Terkini | 26 Mac 2024Bukan laman web canva di browser dan log in ke akaun canva....baca selanjutnya
PROGRAM KAUNTER BERGERAK BERSAMA AGENSI KWSP, CELCOMDIGI & PADU
Aktiviti Terkini | 27 Februari 2024Kaunter PADU...baca selanjutnya
PROGRAM LATIHAN PENGENDALI MAKANAN SIRI 1/2024 PEDI KG. GELIGA
Aktiviti Terkini | 26 Februari 2024Program ini dijalankan dengan kerjasama Albarakah Food Management and Training Consultancy Sdn Bhd....baca selanjutnya
KELAS USAHAWAN ASAS SHOPEE DAN MOBILE FOTOGRAFI
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2024Kaunter PADU...baca selanjutnya
PROGRAM TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK CYBERSAFE BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS KG. GELIGA
Aktiviti Terkini | 23 Januari 2024Pengisian taklimat Klik Dengan Bijak bagi mendidik tentang isu-isu semasa sekarang....baca selanjutnya
PROGRAM KLUSTER KEMAMAN : BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 22 Januari 2024Penyampaian Cenderahati...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya