PROGRAM JANGKAUAN BUDAYA NILAI TINGGI BERSAMA KOMUNITI ORANG ASLI 2023

Aktiviti terkini |15 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam, Jabor, Kemaman, Terengganu

Ringkasan Aktiviti :
• Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Bahagian Dasar Kebudayaan, MOTAC dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu mengadakan program Jangkauan Seni Budaya Nilai Tinggi (BNT) bersama komuniti Orang Asli yang berlangsung pada 15 Julai 2023 di Kampung Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu.
• Pelbagai pengisian telah dilaksanakan termasuklah aktiviti sukan rakyat, pertandingan tarik tali, congkak, mencungkil bakat anak-anak orang Asli seperti pertandingan karaoke, persembahan kesenian, jualan dan demonstrasi kraf, menyusun perkataan dan gambar, pemeriksaan kesihatan, gotong-royong, cabutan bertuah serta khidmat masyarakat.


Tujuan :
• Untuk memastikan kelestarian budaya dan peradaban bangsa Malaysia meresap hingga ke peringkat akar umbi.
• Membantu masyarakat tanpa mengira latar belakang untuk sama-sama menghayati dan memahami Dasar Kebudayaan Negara.
• Dapat menghayati Budaya Nilai Tinggi sebagai acuan budaya kehidupan sekaligus menterjemahkannya dalam konteks keharmonian masyarakat berbilang kaum.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Aplikasi menggunakan tablet (Puzzle KDB & Robotic).
• Menara Ping-Pong.
• E-Waste.
• Dam Ular.
• Program Klik Dengan Bijak.
• TikTok Shop & Shopee.

Kelebihan Aktiviti :
• Memperkenalkan Fungsi dan Perkhidmatan PEDi kepada komuniti Orang Asli dan pihak atasan yang hadir.
• Meningkatkan lagi penggunaan tablet serta permainan atas talian.
• Mengembangkan lagi aktivti yang disediakan oleh pihak PEDi.


Nama VIP :
• Encik Mohd Yusoff, Timabalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.