PROGRAM SOLUSI PERNIAGAAN MELALUI PEMASARAN DIGITAL FAMA & MCMC

Aktiviti terkini |19 Disember 2023

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Kerteh 5

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Felda Kerteh 5 telah mengadakan program Solusi Perniagaan Melalui Pemasaran Digital anjuran Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Terengganu dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
• Program ini di adakan di PEDi Felda Kerteh 5 dengan kerjasama semua PEDi di Kluster Kemaman.
• Program ini telah dikendalikan oleh dua orang Pegawai FAMA Negeri Terengganu iaitu En. Zamani Bin Mohamed dan En. Abdul Mu'izz bin Yahya.
• Sasaran program ini adalah golongan usahawan dan seramai 20 orang usahawan dari pelbagai produk telah menyertai program ini.
• Antara modul pengajaran pada hari tersebut adalah taklimat umum Pemasaran Digital FAMA dan tatacara pendaftaran sebagai pengguna, pekedai serta Ejen / Affilliate Portal Agrobazaar Online melalui sesi Onboarding Portal Agrobazaar Online.

Tujuan :
• Untuk membantu memasarkan dan menyediakan ruang pasaran digital bagi produk agromakanan menerusi platform Agrobazaar Online .
• Dapat membantu memasarkan dan mempromosikan produk secara online.
• Dapat analisa produk usahawan agromakanan bimbingan FAMA sebelum usahawan memasarkan produk bagi menepati ciri-ciri dan syarat yang ditetapkan serta menepati citarasa pengguna.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Taklimat umum Pemasaran Digital FAMA.
• Tatacara pendaftaran sebagai pengguna, pekedai serta Ejen / Affilliate Portal Agrobazaar Online melalui sesi Onboarding Portal Agrobazaar Online.

Kelebihan Aktiviti :
• Meningkatkan kemahiran atas talian diakalanagn usahawa-ushawan yang berminat untuk memasarkan produk secara online iaitu Agrobazaar Online.
• Memperkenalkan penjualan atas talian melalui aplikasi Agrobazaar Online.
• Memperkenalkan servis dan perkhidmatan PEDi kepada usahawan yang hadir.


Nama VIP :
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :

.